Afrika rayu dibenarkan beli vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Afrika rayu dibenarkan beli vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Kesatuan Afrika (AU) merayu kepada pihak pengeluar vaksin supaya memberikan akses sama adil bagi pasaran vaksin kepada negara itu.

Disebabkan itu, AU bertekad mahu membeli vaksin Covid-19 daripada terus menunggu ketibaan sumbangan vaksin dari negara lain.

AU turut menggesa supaya negara-negara pengeluar menarik balik sekatan eksport supaya benua itu dapat menangani sendiri ketidaksamaan ketara dalam akses mendapatkan vaksin.

Situasi itu berlaku akibat sebahagian besar dos vaksin diperuntukkan bagi negara-negara kaya.

“Perkongsian vaksin adalah baik, namun, kami tidak seharusnya hanya bergantung kepada perkongsian vaksin.

“Kami mahu membelinya daripada pengeluar yang sama,” kata wakil kunjungan khas Covid-19 AU, Strive Masiyiwa dalam sidang akhbar di sini.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara Afrika sudah ditinggalkan oleh seantero dunia dalam pemberian vaksin.

Katanya, situasi meminggirkan Afrika daripada mendapatkan akses vaksin sangat berbahaya bukan sahaja menjejaskan penduduk negara itu, bahkan memberi kesan kepada negara lain.

“Lebih lama ketidaksamarataan vaksin berlarutan, virus ini akan terus menular dan berubah, lebih lama gangguan terhadap sosial dan ekonomi serta lebih banyak peluang bagi varian lain timbul sehingga menjejaskan keberkesanan vaksin,” tegasnya.

Menurut kiraan AFP, hanya sembilan dos vaksin diberikan bagi setiap 100 penduduk di Afrika.

Perangkaan itu kekal sebanyak 118 dos bagi setiap 100 penduduk di Amerika Syarikat dan Kanada; 104 di Eropah; 85 di Asia; 84 di Amerika Latin dan Caribbean; 69 di Oceania dan 54 di Asia Barat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya