50 terbunuh dalam pertempuran di Yaman - Utusan Malaysia

50 terbunuh dalam pertempuran di Yaman

ANGGOTA tentera Houthi berkawal di Sanaa, Yaman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sekurang-kurangnya 50 tentera pemberontak dan tentera pro kerajaan, termasuk seorang pegwai tinggi, terbunuh dalam pertempuran di wilayah al-Bayda, Yaman, jelas sumber tentera kepada AFP hari ini.

“Seorang berpangkat kolonel dan 19 yang lain terbunuh dalam tempoh 24 jam ini, dalam pertempuran dengan pemberontak Houthi di al-Bayda.

“Seramai 30 pemberontah juga terbunuh dalam pertempuran dan serangan udara itu,” jata seorang pegawai tentera.

Pemberontak Houthi gagal melaporkan jumlah korban tetapi angka tersebut disahkan oleh sumber ketenteraan.

Pemberontak yang disokong Iran cuba mara ke wilayah Al-Bayda dalam beberapa minggu terakhir ini selain berjuang untuk menguasai kota Marib yang strategik di utara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN