14 warga Myanmar cuba memasuki Malaysia ditahan di Sadao - Utusan Malaysia

14 warga Myanmar cuba memasuki Malaysia ditahan di Sadao

PIHAK berkuasa keselamatan Thailand menyoal siasat warga Myanmar yang ditahan di Sadao. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Seramai 14 warga Myanmar ditahan di Sadao, berhampiran sempadan Malaysia, kata polis.

Bangkok Post melaporkan, mereka ditahan dalam dua operasi berasingan, semalam.

Dalam operasi pertama tengah hari semalam, sebuah pikap Toyota Rivo ditahan berhampiran sempadan di perkampungan Rai Tok di Samnak Kham.

Dalam pikap itu terdapat tujuh warga Myanmar – empat lelaki dan tiga wanita.

Sukhipli Arong, 37, pemandu pikap dari Pattani memberitahu pihak berkuasa keselamatan, dia mengambil warga Myanmar berkenaan kira-kira pukul 11 pagi di Khuan Chong di Na Mom.

Dia mengakui diupah untuk membawa warga Myanmar itu ke sempadan Malaysia dengan bayaran 1,000 baht bagi setiap orang.

Di sempadan, pihak berkuasa menemukan tujuh lagi warga Myanmar – lima lelaki dan dua wanita – menyorok di kawasan semak.

Mereka dikatakan sedang menunggu untuk dibawa melintasi sempadan dan diangkut oleh kenderaan lain dari Songkhla ke sempadan.

Kesemua warga Myanmar itu memberitahu diangkut dari Ang Thong ke Na Mom dekat sini dan setiap seorang membayar RM3,500 kepada pihak tertentu yang kononnya telah menyediakan pekerjaan untuk mereka di Malaysia.

Siasatan dilakukan jika perkara itu melibatkan sindiket pemerdagangan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN