Youtuber hina Nabi Muhammad SAW - Utusan Malaysia

Youtuber hina Nabi Muhammad SAW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) bertindak di luar batasan apabila membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun media sosial tersebut.

Lapor Suara.com, Muhammad Kece yang dilihat memakai baju lengan panjang dan kopiah hitam membuat tuduhan melampau terhadap junjungan besar Baginda.

Lantaran itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdul Muiz Ali menggesa pihak polis memberkas lelaki itu yang jelas membuat kenyataan mencela agama Islam.

“Saya Abdul Muiz Ali, Pengurus Lembaga Dakwah PBNU dan wakil Majlis Fatwa MUI mengutuk sekeras-kerasnya ucapan lelaki itu serta individu-individu yang terlibat dalam ucapan di Youtube.

“Ucapan itu jelas melanggar hukum agama, jika pihak berkuasa tidak menangkapnya segera dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang lain,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya