Watak sebenar SpongeBob, Patrick ditemukan di Lautan Atlantik - Utusan Malaysia

Watak sebenar SpongeBob, Patrick ditemukan di Lautan Atlantik

PERKONGSIAN Christopher Mah di Twitter mengenai penemuan span bernama Hertwigia dan tapak sulaiman Chondraster yang menyerupai watak SpongeBob dan Patrick. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penyelidik marin menemukan versi ‘sebenar’ watak kartun terkenal Nickelodeon – SpongeBob Squarepants dan Patrick Star sewaktu melakukan penyelaman baru-baru ini.

Namun, ‘bukan dalam nanas di dasar laut di Bikini Bottom’, sebaliknya di dasar Lautan Atlantik.

Lapor Berita Mediacorp yang memetik laporan-laporan media antarabangsa, para saintis Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) sedang mengawal pergerakan sebuah kenderaan kawalan jauh apabila mereka terserempak dengan span empat segi berwarna kuning dan tapak sulaiman berwarna merah jambu.

Penemuan itu di Retriever Seamount di New England minggu lalu pada kedalaman 1,885 meter, lapor Live Science.

Gambar-gambar span laut dan tapak sulaiman itu dikongsi oleh NOAA dalam satu penstriman langsung melalui Facebook.

Ahli biologi hidupan laut dari Muzium Nasional Sejarah Alam Smithsonian, Christopher Mah dengan pantas teringat tentang kartun-kartun popular itu sebaik sahaja ternampak gambar-gambar tersebut.

“Saya biasanya elak rujukan sedemikian tapi wow, versi sebenar SpongeBob dan Patrick,” kongsi beliau dalam satu ciapan di Twitter.

Beliau memberitahu Live Science, pihaknya membuat perbandingan itu sejurus selepas ternampaknya dalam video.

Gambar-gambar itu kemudian tular di media sosial sehinggakan akaun Instagram rasmi SpongeBob Squarepants turut mengongsi gambar kartun tersebut bersebelahan dengan versi sebenarnya.

Jelas Christopher, nama saintifik span itu adalah Hertwigia dan nama tapak sulaiman itu pula adalah Chondraster, sambil menambah jenis yang tepat belum diketahui bahkan ia mungkin jenis yang baru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.