Wanita Rusia saman McDonald's 14 dolar - Utusan Malaysia

Wanita Rusia saman McDonald’s 14 dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang wanita Rusia memfailkan saman terhadap McDonald’s selepas syarikat itu menayangkan iklan produk Cheeseburger yang didakwa menyebabkan dia terpaksa berbuka puasa semasa Lent.

Lent merujuk kepada tempoh berpuasa penganut Kristian Ortodoks daripada mengambil daging, produk berasaskan daging, telur dan tenusu bagi tempoh tertentu.

Lapor Daily Mail, Ksenia Ovchinnikova dari Omsk, Rusia mendakwa melihat iklan McDonald’s sehingga menyebabkan dia terpaksa berbuka puasa pada 2019.

Dalam masa sama, dia sedang mengelakkan diri daripada mengambil daging dan produk haiwan lain.

Wanita itu mendakwa dia tidak makan daging selama sebulan ketika restoran makanan segera itu mengiklankan burger dan nuget sehingga dia melanggar pantang larang, dua tahun lalu.

Ovchinnikova menuduh syarikat makanan segera itu melanggar undang-undang perlindungan pengguna dan menghina perasaan beragamanya.

Dia menyalahkan syarikat itu kerana mengiklankan daging dan produk haiwan semasa penganut Kristian perlu menahan diri daripada makan makanan tersebut.

Wanita itu menuntut AS$14 (RM59) sebagai pampasan akibat kerosakan moral berterusan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya