UAE beri vaksin Sinopharm kepada golongan 3 hingga 17 tahun - Utusan Malaysia

UAE beri vaksin Sinopharm kepada golongan 3 hingga 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 keluaran Sinopharm kepada kanak-kanak dan remaja yang berusia tiga hingga 17 tahun.

Kerajaan UAE mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter semalam.

Ia memetik Kementerian Kesihatan sebagai berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil ujian klinikal dan penilaian menyeluruh tanpa memberikan sebarang maklumat.

Jun lalu, pihak berkuasa berkata, ujian klinikal itu akan memantau tindak balas imun kira-kira 900 kanak-kanak.

Negara Teluk Arab yang mempunyai kadar imunisasi paling tinggi di dunia, ketika ini sedang memberi vaksin Pfizer-BioNTech kepada remaja berumur 12 hingga 15 tahun.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 78.95 peratus penduduk UAE iaitu sekitar sembilan juta sudah menerima satu dos suntikan manakala 70.57 peratus diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya