Tower Bridge tersekat, jejas trafik dan pergerakan di Britain - Utusan Malaysia

Tower Bridge tersekat, jejas trafik dan pergerakan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jambatan ikonik London iaitu Tower Bridge dilaporkan tersekat pada kedudukan terbuka akibat masalah teknikal.

Insiden itu menyebabkan kawasan sekitar jambatan itu ditutup dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Polis London turut menasihatkan orang ramai supaya cuba mengelak menggunakan jalan di kawasan tersebut bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Selain itu, jambatan itu ditutup kepada pejalan kaki sehingga masalah teknikal itu dibaiki.

Kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kerana pada Ogos 2020, bahagian ‘bascules’ jambatan itu tidak dapat ditutup selepas dibuka untuk memberi laluan kepada kapal yang melintasi Sungai Thames.

Beberapa imej yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan penunggang motosikal dan pejalan kaki menunggu di kedua-dua arah jambatan.

Beberapa saksi turut memberitahu mereka terdengar juruteknik memaklumkan masalah itu berlaku akibat beberapa kegagalan fungsi.

Mereka memaklumkan polis cuba mengawal kesesakan trafik bagi memastikan situasi sekitar lancar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya