Tiket penerbangan ke angkasa lepas berharga RM1.89 juta - Utusan Malaysia

Tiket penerbangan ke angkasa lepas berharga RM1.89 juta

KAPAL angkasa Virgin Galactic, VSS Unity berlepas ke angkasa lepas dari New Mexico pada Julai lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat penerbangan, Virgin Galactic mengumumkan pihaknya akan membuka semula jualan tiket penerbangan ke angkasa lepas pada harga bermula dari AS$450,000 (RM1.89 juta).

Sebelum ini, sebanyak 600 tiket terjual kepada pelanggan bermula harga dari AS$200,000 (RM843,638)
hingga AS$250,000 (RM1.05 juta).

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson berjaya mengembara ke angkasa lepas.

Kejayaan itu menjadikan Branson menyaingi rakan jutawan, Jeff Bezos dalam perlumbaan untuk menjadi hartawan pertama mengembara ke angkasa lepas menerusi kapal angkasa yang dibangunkan oleh syarikatnya.

Virgin Galactic memaklumkan pihaknya menawarkan tiket bagi tempat duduk tunggal, tawaran pakej dan keseluruhan penerbangan.

Pada Jun lalu, syarikat tersebut mendapat kelulusan dari pengawal selia keselamatan penerbangan Amerikat Syarikat (AS) untuk membawa individu ke angkasa lepas.

Virgin Galactic dijangka melancarkan penerbangan ke angkasa lepas pada akhir bulan depan di New Mexico bersama dengan tentera udara Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya