Taufan Ida: Puluhan ribu penduduk berpindah dari Louisiana - Utusan Malaysia

Taufan Ida: Puluhan ribu penduduk berpindah dari Louisiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Puluhan ribu penduduk di Louisiana meninggalkan kediaman masing-masing ketika Taufan Ida semakin menghampiri negeri selatan Amerika Syarikat (AS).

Lapor BBC, Taufan Ida yang membawa angin kencang sekuat 220 kilometer sejam (km/j) dan ribut yang mengancam nyawa, dijangka melanda Teluk Mexico petang Ahad.

Ahli meteorologi meramalkan taufan itu boleh menjadi lebih kuat daripada Taufan Katrina yang menjejaskan sebahagian besar New Orleans pada tahun 2005.

Dilaporkan, kesesakan lalu lintas menghalang beberapa lebuh raya keluar dari Louisiana ketika penduduk di kebanyakan kawasan diarahkan untuk berpindah dengan segera.

Gabenor John Bel Edwards memberi amaran bencana itu bakal menjadi taufan paling besar melanda negeri tersebut dalam tempoh 150 tahun.

Gabenor Mississippi juga mengisytiharkan darurat bagi menghadapi bencana itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya