Taliban tawan tiga lagi bandar di Afghanistan - Utusan Malaysia

Taliban tawan tiga lagi bandar di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban dilaporkan menawan tiga lagi bandar di wilayah utara Afghanistan, ketika kumpulan itu berusaha menguasai sebahagian besar wilayah di negara ini.

Lapor BBC, kumpulan militan itu menguasai bandar utara Kunduz, Sar-e-Pul dan Taloqan semalam.

Ini bermakna lima bandar sudah jatuh ke tangan Taliban sejak Jumaat lalu, dengan Kunduz menjadi bandar terpenting kumpulan militan itu pada tahun ini.

Bandar Kunduz, Sar-e-Pul dan Taloqan ditawan dalam tempoh beberapa jam semalam, dengan seorang penduduk menggambarkan keadaan itu sebagai `kekacauan’.

Menurut Taliban, setakat ini, tiada perjanjian mengenai gencatan senjata dengan kerajaan.

Seorang jurucakap kumpulan itu menerusi temubual dengan stesen televisyen Al Jazeera semalam memberi amaran terhadap campur tangan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

Keganasan meningkat di seluruh Afghanistan selepas AS dan negara asing lain mula menarik keluar pasukan tenteranya dari negara tersebut setelah 20 tahun melakukan operasi ketenteraan.

Anggota militan Taliban cuba menguasai beberapa bandar sejak beberapa minggu lalu.

Selepas menguasai kawasan desa, mereka kini menyasarkan beberapa pekan dan bandar utama di Afghanistan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN