Taliban tawan dua lagi bandar di Afghanistan - Utusan Malaysia

Taliban tawan dua lagi bandar di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban dilaporkan menawan dua lagi bandar di Afghanistan, sekali gus kumpulan itu kini menguasai lapan ibu kota wilayah di negara berkenaan sejak Jumaat lalu.

Lapor Al Jazeera, bandar Farah di wilayah barat daya dan Pul-e-Khumri di wilayah utara Baghlan jatuh ke tangan kumpulan bersenjata itu semalam.

Pegawai tempatan mengesahkan penguasaan dua bandar itu.

“Taliban memasuki bandar Farah selepas bertempur dengan pasukan keselamatan.

“Mereka sudah menawan pejabat Gabenor dan ibu pejabat polis,” kata ahli majlis perbandaran Farah, Shahla Abubar kepada AFP.

Menurut seorang ahli Parlimen, Abdul Nasri Farahi, kumpulan Taliban itu sudah menawan penjara pusat di wilayah tersebut.

Sementara itu, seorang ahli Parlimen dan pegawai tentera memberitahu AFP, Taliban menawan Pul-e-Khumri, kira-kira 200 kilometer (km) utara Kabul.

“Selepas kira-kira dua jam bertempur, pasukan keselamatan tewas dan terpaksa berundur,” kata ahli Parlimen, Mamoor Ahmadzai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN