fbpx

Taliban sedia ambil alih operasi lapangan terbang Kabul

ANGGOTA tentera Amerika Syarikat (AS) membantu operasi membawa keluar rakyat asing dan penduduk Afghanistan dari Kabul di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban bersiap sedia untuk mengambil alih operasi lapangan terbang Kabul selepas semua tentera asing meninggalkan negara ini menjelang 31 Ogos.

Sumber Taliban memberitahu Reuters, pasukan jurutera dan juruteknik kumpulan itu sudah bersedia untuk menguruskan lapangan terbang berkenaan.

“Kami hanya menunggu kesemua tentera asing keluar dari Afghanistan untuk menguasai semula lapangan terbang Kabul,” jelas sumber tersebut.

Tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutu dijangka menamatkan operasi pemindahan penduduk dari Kabul selewat-lewatnya 31 Ogos ini.

Tentera Britain dan Perancis sudah pun menamatkann operasi tersebut, menyaksikan masih ada rakyat negara itu yang terkandas di bumi Afghanistan.

Namun, kerajaan masing-masing memberi jaminan untuk kembali ke Afghanistan selepas keadaan kembali reda untuk membawa keluar semua rakyatnya.

Presiden AS, Joe Biden sebelum ini menegaskan beliau tidak akan melanjutkan tempoh pemindahan penduduk selepas Taliban memberi amaran negara itu perlu menanggung akibat jika dilanjutkan.

Sehingga semalam, kurang dari 4,000 anggota tentera AS berada di lapangan terbang Kabul berbanding 5,800 ketika kemuncak operasi pemindahan dilakukan. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI