Sydney rekod kes kematian Covid-19 paling tinggi - Utusan Malaysia

Sydney rekod kes kematian Covid-19 paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bandar terbesar Australia, Sydney hari ini merekodkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu dengan tujuh kes dalam tempoh 24 jam.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata, jumlah kematian itu sudah melebihi rekod pada awal bulan ini.

Katanya, negeri ini juga mencatatkan sebanyak 478 kes jangkitan, iaitu tertinggi sejak pandemik bermula.

“Kadar jangkitan dalam kalangan masyarakat kita sangat tinggi ketika ini.

“Setiap kematian yang berlaku amat menyedihkan kami dan tanziah kami ucapkan kepada mereka yang kehilangan insan tersayang,” katanya kepada media di sini.

Kes kematian itu turut melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menghidap radang paru-paru dan dijangkiti Covid-19.

Ketika ini, sebanyak 200, anggota tentera ditempatkan di seluruh Sydney bagi menjayakan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Selain itu, perintah berkurung dan sekatan Covid-19 di Melbourne serta Canberaa turut diperketatkan sebagai usaha mengekang penularan jangkitan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN