Suami kerabat diraja 'kantoi' berfoya-foya dengan model - Utusan Malaysia

Suami kerabat diraja ‘kantoi’ berfoya-foya dengan model

MAJLIS perkahwinan Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank di Istana Windsor pada 2018 (gambar atas) dan gambar Brooksbank berfoya-foya dengan model di dalam bot di Itali. -AFP/Agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bagi kebanyakan golongan bapa yang baru menerima kelahiran cahaya mata, pastinya melalui pengalaman tidak cukup tidur dan menukar lampin kotor.

Namun, tidak bagi suami kepada Puteri Eugenie, Jack Brooksbank yang bebas menikmati percutian dengan bot mewah di pantai Itali sambil dikelilingi model berbikini.

Daily Mail mendedahkan, lelaki berusia 35 tahun itu malah menghalalkan tindakan itu kononnya atas alasan kerja.

Brooksbank menghabiskan hujung minggu di Pulau Capri dengan menghadiri majlis amal di bawah kerlipan cahaya bintang.

Sementara isterinya baru habis berpantang di Istana Windsor sambil menjaga anak mereka yang baru berusia lima bulan.

Puteri Eugenie yang berusia 31 tahun ialah ahli keluarga diraja Britain dan merupakan anak perempuan kepada pasangan Putera Andrew dan Puteri Sarah dengan gelaran Duke dan Duchess York.

Brooksbank merupakan duta jenama Casamigos Tequila yang membiayai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF Summer Gala dengan tiket berharga 8,000 (RM47,000) ke 25,000 pound (RM147,000).

Semasa percutian singkat itu, dia ditemani bekas editor majalah Glamour, Rachel Zalis, model, Maria Buccellati dan model Itali, Erica Pelosini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya