Singapura dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Singapura dilanda banjir kilat

KEJADIAN banjir di tempat letak kereta di Teban Gardens yang dikongsi di media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Hujan lebat sejak pagi di kebanyakan kawasan di Singapura menyebabkan kejadian banjir kilat.

Berita Mediacorp melaporkan, agensi air negara, PUB menyatakan dalam catatan Facebooknya bahawa banjir kilat dilaporkan di Dunearn Road dari Sime Darby Centre hingga ke Binjai Park pada pukul 10.08 pagi sebelum surut pada sekitar 10.50 pagi.

Agensi itu juga mengeluarkan amaran risiko banjir di empat lokasi, sedang paras air di longkang-longkang dan terusan mencecah 90 peratus di kawasan-kawasan tersebut.

Tempat-tempat yang dimaksudkan itu adalah Upper Bukit Timah Road dari Hazel Park Terrace ke Chestnut Drive, Ekspreswe Kranji di susur keluar Woodlands Road, Sime Darby Centre dan Sunset Drive/Sunset Way.

Gambar-gambar dan video-video yang dikirimkan para pembaca Mediacorp menunjukkan kenderaan-kenderaan di jalan raya yang banjir di Cashew Road.

Sebuah tempat letak kereta juga dilihat dilanda banjir di Teban Gardens.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN