Serangan roket di Kabul, seorang kanak-kanak maut - Utusan Malaysia

Serangan roket di Kabul, seorang kanak-kanak maut

KEADAAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul selepas serangan bom oleh militan Daesh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Satu letupan kedengaran berhampiran kawasan lapangan terbang Kabul hari ini.

Siaran televisyen dan rakaman video menunjukkan kepulan asap hitam di lokasi terbabit.

Menurut beberapa saksi, letupan itu berpunca dari serangan roket yang mengenai kawasan perumahan yang terletak di bahagian utara lapangan terbang tersebut.

Media tempatan memetik jurucakap polis Afghanistan melaporkan, serangan roket tersebut berlaku ketika operasi pemindahan penduduk masih berjalan.

Katanya, seorang kanak-kanak maut akibat serangan tersebut.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku melancarkan serangan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya