Serangan anjing liar meningkat tiga kali ganda di Britain - Utusan Malaysia

Serangan anjing liar meningkat tiga kali ganda di Britain

MANGSA serangan anjing di Britain. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kes serangan anjing liar dilaporkan meningkat tiga kali ganda semasa pandemik Covid-19 di Britain.

Lapor Daily Mail, pihak hospital, polis dan peguam merekodkan peningkatan kes serangan itu sejak tahun lalu.

Data mendedahkan pihak polis menerima laporan serangan anjing liar meningkat 50 peratus selama empat tahun berbanding 14,478 kes, 2019.

Malah, kes tahun lalu sahaja meningkat sebanyak 300 peratus.

Menurut kajian oleh Pakar Veterinar dan Epidemiologi, University of Liverpool, John Tulloch, bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital selepas menjadi mangsa gigitan anjing meningkat tiga kali ganda sepanjang tempoh perintah berkurung.

Pengurus tapak pembinaan, Meg Morris, 31, menceritakan kisah anak perempuannya berusia lapan tahun yang diserang anjing jenis Staffordshire Bull Terrier, Mac lalu.

Meg yang mengunjungi rumah rakannya di Leominster, Herefordshire bersama dua anaknya berkata, anjing itu tiba-tiba melompat dan menyerang semasa kami sedang berjalan di luar.

“Entah dari mana anjing itu datang dan saya menolak sekuat hati. Saya pegang anak saya dan menjerit ke arah anak yang lain untuk menghubungi 999.

“Selepas serangan itu berlaku dalam satu minit, bibirnya membengkak menyebabkan dia tidak dapat bercakap,” katanya.

Meg yang tinggal di kawasan ladang menegaskan kejadian itu bukan salah anjing tetapi adalah pemilik haiwan itu.

Satu tinjauan mendapati pemilik binatang peliharaan mempunyai 12 juta anjing di seluruh negara berbanding 9 juta pada 2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya