Seorang lagi bayi dilahirkan dalam pesawat oleh pelarian Afghanistan - Utusan Malaysia

Seorang lagi bayi dilahirkan dalam pesawat oleh pelarian Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lagi bayi dilahirkan dalam pesawat ketika ibunya menaiki penerbangan menuju ke United Kingdom selepas meninggalkan Afghanistan.

Wanita tersebut, Soman Noori, 26, melahirkan anaknya ketika pesawat Turkish Airlines melalui ruang udara Kuwait untuk menuju ke Birmingham.

Beberapa kru kabin membantu Soman melahirkan bayinya selepas tiada doktor menaiki penerbangan tersebut.

Bayi perempuan itu dinamakan sebagai Havva oleh ibu bapanya yang membawa maksud petang.

Bayi itu merupakan anak ketiga dari pasangan Soman dan suaminya, Taj Moh Hammat, 30.

Selepas kelahiran tersebut, pesawat berkenaan mendarat di Kuwait sementara waktu sebelum menyambung perjalanan ke Birmingham.

Sejumlah imej dan rakaman video menunjukkan kru kabin mendukung bayi tersebut dan menyerahkannya kepada ibunya.

Kelahiran Havva merupakan yang kedua selepas seorang wanita Afghanistan melahirkan anaknya di dalam pesawat ketika dalam penerbangan ke Jerman sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya