Sejuta dos lagi vaksin Moderna dikesan tercemar di Jepun - Utusan Malaysia

Sejuta dos lagi vaksin Moderna dikesan tercemar di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Krisis pencemaran vaksin Covid-19 keluaran Moderna di Jepun semakin parah apabila satu juta dos lagi dikesan dicemari dengan benda asing dan digantung penggunaannya.

Secara keseluruhan, pihak berkuasa Jepun menangguhkan penggunaan sebanyak 2.6 juta dos vaksin Moderna sejak krisis bermula baru-baru ini.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan Jepun bergelut dengan peningkatan kes jangkitan akibat penularan varian Delta, dengan lebih 25,000 kes direkodkan pada bulan ini.

Kes pencemaran vaksin terbaharu itu berlaku di Gunma berhampiran Tokyo dan Okinawa.

Menurut media tempatan, benda asing berupa serbuk berwarna hitam ditemukan dalam botol vaksin dan picagari di Gunma.

Terdahulu, kerajaan Jepun melaporkan dua lelaki mati selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Moderna yang di percayai tercemar.

Punca kematian dua lelaki tersebut masih belum dikenal pasti. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya