Rumah Menteri Pertahanan Afghanistan diserang, empat mati - Utusan Malaysia

Rumah Menteri Pertahanan Afghanistan diserang, empat mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Seramai empat individu terbunuh selepas anggota militan menyerang rumah Menteri Pertahanan Afghanistan.

Lapor BBC, Bismillah Khan Mohammadi tiada di rumah semasa serangan itu dan penyerang turut meletupkan bom kereta serta melepaskan tembakan di Zon Hijau, Kabul.

Keluarga menteri itu terselamat dan empat penyerang berjaya dibunuh.

Kejadian itu berlaku selepas serangan berterusan di bandar utama di Afghanistan sehingga Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa serangan keganasan dihentikan segera.

Pasukan Perubatan Kecemasan Itali mengesahkan 11 orang mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat rawatan di bandar itu bersama mayat mangsa yang terkorban.

“Jangan risau, semuanya dalam keadaan baik,” ciap Mohammadi dalam Twitter.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya