Remaja Arab Saudi sudah divaksin boleh tunai umrah - Utusan Malaysia

Remaja Arab Saudi sudah divaksin boleh tunai umrah

PETUGAS Arab Saudi mengimbas kad jemaah bagi mengelakkan sebarang sentuhan di tanah suci. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah tempatan berumur 12 hingga 18 tahun boleh mendapatkan permit umrah sekiranya sudah menerima suntikan dua dos vaksin. 

Pengumuman itu selepas kebenaran pelaksanaan ibadah umrah bermula semalam, lapor Arab News.  

Lebih 13,000 permit dikeluarkan untuk kumpulan umur tersebut dengan kebenaran menunaikan umrah serta melawat Masjid Nabawi. 

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdul Fattah Suleiman Mashat berkata, permit umrah dikeluarkan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna dengan integrasi sistem perkhidmatan serta langkah pencegahan dalam memastikan keselamatan bakal jemaah umrah.

Katanya, pihak kementerian turut bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi musim umrah kali ini dalam mewujudkan persekitaran selamat kepada jemaah. 

Semalam, merupakan saat paling gembira bagi semua umat Islam apabila kerajaan Arab Saudi mula menerima kehadiran jemaah umrah dari negara luar dengan syarat sudah divaksin sepenuhnya.

Semua jemaah luar perlu menerima vaksin yang hanya diiktiraf oleh Arab Saudi seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac serta bersetuju menjalani kuarantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN