Rakyat Korea Utara dilarang bincang berat badan Kim Jong Un - Utusan Malaysia

Rakyat Korea Utara dilarang bincang berat badan Kim Jong Un

KIM JONG UN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara melarang rakyatnya membincangkan mengenai penurunan berat badan pemimpin negara, Kim Jong Un.

Lapor Daily Mail, pihak kerajaan menegaskan Jong Un hanya makan sedikit ‘demi negara’ kerana negara itu berhadapan krisis kekurangan makanan yang teruk.

Spekulasi mengenai berat badan Jong Un beredar dalam media sosial apabila sebuah foto menunjukkan beliau kelihatan semakin kurus dan didakwa berjaya menurunkan berat badan sehingga 44 kilogram (kg), awal tahun ini.

Jong Un bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sihat walaupun semakin susut.

Namun, usaha untuk menyekat gosip mengenai Jong Un daripada bertebaran gagal, lapor Radio Free Asia (RFA).

Menurut sumber, unit pengawasan kejiranan membuat kenyataan rasmi yang mengingatkan orang ramai bahawa perbincangan mengenai kesihatan Jong Un adalah dilarang.

“Jong Un hilang berat badan bukan kerana masalah kesihatan, tetapi beliau menyelami masalah yang dialami rakyat kebanyakan dan demi negara yang sedang dilanda krisis,” kata unit itu.

Segelintir penduduk memberitahu RFA, mereka gembira melihat perubahan pemimpin itu kerana keadaan berat badannya sebelum ini kelihatan amat berbahaya bagi kesihatannya sendiri.

Malah, keadaannya sebelum ini dengan berat badan 139 kg dan tinggi 1.5 meter menyebabkan dia kelihatan sukar untuk berjalan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya