Polis buru lelaki maki Joko Widodo - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki maki Joko Widodo

TANGKAP layar video dilakukan seorang lelaki yang memaki Joko Widodo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Unit Siasatan Jenayah Polis Indonesia akan membantu Polis Wilayah Aceh memburu seorang lelaki yang didakwa memaki Presiden Joko Widodo (Jokowi) di media sosial.

Detik melaporkan, lelaki tersebut dikatakan berada di Malaysia.

“Jika polis di Aceh memerlukan bantuan, tentunya Ibu pejabat Polis Republik Indonesia (Polri) akan membantu,” jelas Ketua Biro Penerangan Masyarakat, Bahagian Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia, Brigedier Jeneral Rusdi Hartono.

Menurut laporan, lelaki itu di dalam rakam video memaki Jokowi menggunakan bahasa Indonesia bercampur bahasa Melayu.

Dalam video itu, lelaki tersebut menyebut wilayah Aceh tidak diserang dengan Covid-19 dan Jokowi didakwa memasukkan PKI (komunis) ke Aceh dengan alasan zon merah Covid-19.

Dia juga menyamakan Presiden dengan binatang selain menyindir Polri telah disogok Jokowi.

Ketika menyelidik video itu, polis Aceh menyebut lelaki itu tidak berada di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya