Pokok Tule di Mexico jadi tarikan pelancong - Utusan Malaysia

Pokok Tule di Mexico jadi tarikan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sebuah pokok unik yang dikenali sebagai Tree of Tule menjadi simbol kepada penduduk di Santa Maria del Tule di Mexico.

Lapor Oddity Central, pokok dari spesies Cypress Montezuma yang berusia kira-kira 2,000 tahun, terletak berhampiran gereja di Santa Maria del Tule.

Pokok Tule dikenali kerana mempunyai batang pokok paling tebal di dunia iaitu dengan ukuran 42 meter.

“Saintis percaya Pokok Tule tumbuh daripada penggabungan dua pokok berasingan sehingga sampel DNA menunjukkan hanya dari sebuah pokok,” jelas laporan itu.

Pokok itu juga dianggap unik kerana besar dan tinggi.

“Walaupun berusia kira-kira 2,000 tahun, pokok itu dikatakan masih sedang tumbuh dengan perlahan.

“Malah, ramai pelancong datang untuk menyaksikan sendiri keunikannya,” jelas laporan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN