PM Thailand, 5 menteri berdepan undi tidak percaya di Parlimen - Utusan Malaysia

PM Thailand, 5 menteri berdepan undi tidak percaya di Parlimen

KERAJAAN Thailand pimpinan Prayut Chan-o-cha diktirik gagal menangani Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, berdepan undi tidak percaya di Parlimen sedang parti-parti pembangkang dan kumpulan demokrasi meningkatkan tekanan ke atas kerajaannya yang sedang bergelut untuk mengawal penularan Covid-19 paling buruk di rantau ini, lapor Bangkok Post.

Prayut dan lima anggota Kabinet bakal disoal oleh pembangkang dalam perbahasan tiga hari di Parlimen dengan proses pengundian sebagai kemuncaknya.

Pihak pembangkang dengan dipimpin ketua Parti Pheu Thai, Sompong Amornvivat menyerahkan usul undi tidak percaya itu kepada Speaker Dewan Perwakilan, Chuan Leekpai.

Parlimen mungkin membahaskan usul itu lewat bulan ini atau awal September menurut Speaker dewan.

Menurut laporan Bangkok Post, pihak pembangkang mendapati terdapat kelemahan dan kegagalan dalam kerajaan sejak setahun lalu khususnya dalam menguruskan penularan Covid-19 dan vaksin serta hal berkaitan ekonomi dan rasuah.

Jelas Sompong, bukti dan dokumen yang digunakan dalam perbahasan di Parlimen akan dikemukakan ke mahkamah atau agensi bebas untuk siasatan lebih lanjut.

Katanya, pembangkang belum mencadangkan pengganti Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN