Perutusan tahniah Perdana Menteri baharu Malaysia - Utusan Malaysia

Perutusan tahniah Perdana Menteri baharu Malaysia

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Pelita Brunei melaporkan, dalam perutusan tersebut, baginda bertitah menyatakan bahawa jalinan persahabatan yang telah sekian lama terjalin di antara Brunei dan Malaysia terus berkembang maju melalui hubungan kerjasama dua hala di pelbagai bidang berkepentingan.

Baginda seterusnya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam meningkatkan lagi hubungan bermakna itu demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bersama.

Dalam kesempatan itu, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mengalu-alukan kunjungan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (isteri Ismail Sabri) ke Brunei dalam masa terdekat yang bersesuaian.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda berdua berdoa ke hadrat Allah semoga Ismail Sabri serta keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan di bawah perlindungan-Nya jua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya