SYDNEY: Perintah berkurung di Sydney dilanjutkan sehingga hujung September ketika pihak berkuasa kesihatan bergelut untuk menurunjan jumlah jangkitan.
Sydney yang dihuni kira-kira lima juta penduduk sudah pun menjalani perintah berkurung sejak hujung Jun lalu.
Kes jangkitan Covid di bandar ini meningkat dua kali ganda sejak beberapa minggu lalu dengan 642 kes baharu semalam.
Bermula Isnin ini, penduduk di Sydney akan akan menjalani perintah berkurung bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi.
Ketua Menteri New Douth Wales, Gladys Berejiklian memohon maaf kepada semua penduduk bandar ini susulan lanjutan perintah berkurung.
“Saya mohon maaf atas keputusan yang dibuat, namun kita perlu memastikan semua masyarakat dilindungi dari Covid-19,” katanya.
Setakat ini, lebih separuh daripada 25 juta penduduk Australia menjalani perintah berkurung, termasuk di Melbourne dan Canberra.
Sydney kekal sebagai penyumbang utama kes jangkitan dengan merekodkan sebanyak 65 kematian.