SYDNEY: Australia perlu mula belajar untuk hidup ‘bersama’ Covid-19 apabila semakin ramai penduduk di negara ini sudah menerima suntikan vaksin.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, semua sekatan dan perintah berkurung yang dilaksanakan ketika ini akan dilonggarkan sebaik sahaja sasaran vaksinasi Covid-19 dalam kalangan penduduk sudah dicapai.
“Perintah berkurung dan sekatan lain tidak boleh dilakukan buat selama-lamanya kerana ini bukanlah cara terbaik untuk meneruskan kehidupan.
“Kesemua sekatan ini perlu ditamatkan apabila kadar vaksinasi sudah cecah 70 atau 80 peratus,” katanya.
Morrison berkata demikian sebaik sahaja sekatan Covid-19 diperketatkak di Sydney, menyaksikan plitup muka diwajibkan di luar rumah, kecuali ketika bersenam.
Selain itu, perintah berkurung waktu malam akan dikuatkuasa di 12 kawasan paling teruk terjejas di bandar ini.
Kerajaan persekutuan pada bulan lalu mendedahkan pelan empat fasa untuk melonggarkan sekatan Covid-19 sebaik sahaja 70 peratus daripada 25 juta penduduk yang berusia atas 16 tahun sudah menerima vaksinasi lengkap.
namun, barat Australia dan Queensland yang ketika ini tidak begitu terkesan dengan penularan Covid-19 menyatakan beberapa sekatan mungkin akan diteruskan walaupun sasaran vaksinasi sudah dicapai.
Katanya, pelan yang dibentangkan oleh kerajaan itu hanya melibatkan penularan kecil dalam kalangan komuniti.
Hari ini, New South Wales merekodkan 818 kes dengan kebanyakannya di Sydney. – REUTERS