MELBOURNE: Pihak berkuasa Australia mengumumkan perintah berkurung di bandar kedua terbesar negara itu, Melbourne akan dilanjutkan lagi.
Pengumuman itu itu dibuat ketika pihak berkuasa berusaha menangani lonjakan kes Covid-19 akibat penularan varian Delta.
Perintah berkurung selama sebulan di Melbourne dan sekitar negeri Victoria, dijangka berakhir pada Khamis ini.
Namun, Ketua Menteri, Dan Andrews berkata, pelonggaran itu mungkin tidak dapat dilaksanakan berikutan jumlah kes Covid-19 meningkat sebanyak 92 kes.
Ia merupakan perintah berkurung kali keenam yang dilaksanakan di bandar itu.
“Kita masih berdepan dengan kes Covid-19 yang tinggi dalam masyarakat. Jadi, ini akan mengambil masa lama untuk membuka semula dan mengembalikan kebebasan yang dimahukan,” kata Andrews.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh pelaksanaan arahan kekal berada di rumah itu.
Katanya, pihak berkuasa juga akan mengkaji semua pilihan yang berbeza. – AFP










