BALI: Pihak polis berjaya memberkas seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber), Muhammad Kece di Bali selepas mencetuskan kontroversi melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Lapor Suara.com, berita penangkapan itu disahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia (Polri), Agus Andrianto.
Jelasnya, pihaknya melakukan tangkapan itu selepas mempunyai bukti mencukupi untuk menahan suspek.
Lelaki itu membuat tuduhan melampau terhadap junjungan besar Baginda dalam You Tube sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan dalam kalangan umat Islam di Indonesia.
Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdul Muiz Ali menggesa pihak polis memberkas lelaki itu yang jelas membuat kenyataan mencela agama Islam.










