Penduduk Surabaya cipta robot Covid-19 - Utusan Malaysia

Penduduk Surabaya cipta robot Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Sebuah robot yang dicipta oleh penduduk kampung dengan bantuan saintis yang asalnya bertujuan untuk keseronokan, kini sangat berguna semasa pandemik Covid-19.

Kisah yang berlaku di kejiranan Tembok Gede, Surabaya itu menyaksikan robot itu memainkan peranan seperti manusia dengan membawa makanan sambil tersenyum serta membantu penduduk yang sedang menjalani kuarantin kendiri.

Robot yang dihasilkan daripada periuk, kuali dan monitor televisyen itu dinamakan sebagai ‘Robot Delta’ kerana varian baharu itu sedang menular dengan dahsyat di negara itu.

Ketua Kampung, Aseyanto, 53, berkata, dia memutuskan robot itu digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti membuat semburan pembasmi kuman, menghantar makanan serta memenuhi keperluan penduduk yang sedang berkuarantin.

Katanya, robot itu dibuat daripada periuk nasi dan dikawal oleh alat kawalan jauh dengan bateri yang boleh bertahan selama 12 jam.

Jelasnya, robot itu antara salah satu daripada robot yang dihasilkan di kampung itu yang pernah memenangi anugerah kerana teknologi penggunaan kreatif.

Selepas tiba di depan rumah penduduk yang dituju, robot itu akan mengucapkan ‘Assalamualaikum’ menerusi pembesar suara diikuti dengan ‘Penghantaran sudah tiba, moga cepat sembuh’. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.