Panggung wayang tertinggi dunia di Ladakh - Utusan Malaysia

Panggung wayang tertinggi dunia di Ladakh

PANGGUNG wayang mobil ini boleh memuatkan 120 orang dalam satu masa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah panggung wayang mobil atau mudah alih di wilayah Ladakh menjadi panggung wayang yang terletak pada altitud tertinggi di dunia.

Pada ketinggian 3,524 meter dari aras laut, panggung wayang mobil itu boleh menempatkan 120 orang dengan suhunya boleh diselaraskan mengikut keselesaan penonton.

Menurut PictureTime Digiplex iaitu syarikat yang memperkenalkan panggung wayang mobil tersebut, inisiatif itu dilakukan bagi memberi peluang kepada penduduk di Ladakh merasai pengalaman menonton wayang.

Pemilik syarikat tersebut, Sushil Chaudhary berkata, selain terletak pada altitud tertinggi, panggung wayang mobil itu juga merupakan yang pertama di dunia.

“Panggung wayang itu akan menampilkan filem terkini dengan filem Bollywood, ‘Bell Bottom’ yang menampilkan aktor Akshay Kumar menjadi tayangan pertama pada 22 Ogos lalu.

“Kami membelanjakan kira-kira AS$65,000 (RM271,025) untuk membangunkan panggung wayang mobil itu,” katanya kepada Arab News.

Selain itu, syarikat tersebut turut merancang untuk mendirikan lebih banyak panggung wayang mobil di wilayah ini serta tempat lain termasuk negeri Arunachal Pradesh.

Jelas Chaudhary, panggung wayang mobil itu bukan sahaja untuk mendedahkan penduduk tempatan dengan filem terbaharu Bollywood, tetapi juga menampilkan banyak filem bajet rendah bagi menyokong industri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya