Panda gergasi di Perancis lahirkan anak kembar - Utusan Malaysia

Panda gergasi di Perancis lahirkan anak kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seekor panda gergasi dilaporkan melahirkan anak kembar di ZooParc de Beauval d tengah Perancis awal pagi ini.

Lapor BBC, anak kembar panda gergasi yang dinamakan Huan Huan itu dilahirkan dengan berat 149 dan 129 gram.

Pengurusan zoo dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua anak Huan Huan dalam keadaan sihat.

“Pihak zoo berasa amat gembira dengan kelahiran ini dan ia merupakan saat paling berharga,” kata jurucakap ZooParc de Beauval, Delphine Delord.

Huan Huan yang dipinjamkan oleh China kepada perancis sebelum ini sudah pun melahirkan anak iaitu Yuan Meng.

Pihak zoo memaklumkan, proses kelahiran anak panda tersebut berjalan lancar dan keadaan Huan Huan juga baik.

Pada bulan lalu, China menyatakan panda gergasi bukan lagi spesies terancam, namun masih perlu berjaga-jaga untuk mengekalkan populasinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya