Orang Jepun pun suka petai dan jering - Utusan Malaysia

Orang Jepun pun suka petai dan jering

PETAI sering menjadi ulaman pilihan penduduk di Malaysia dan Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Jering serta petai tidak hanya diminati oleh kebanyakan penduduk Malaysia dan Indonesia, tetapi turut mendapat perhatian masyarakat di Jepun.

Menurut Ketua Kuarantin Agrikultur Belawan, Andi Yusmanto berkata, Jepun mengeksport kira-kira empat tan jering serta petai dari Sumatera Utara buat pertama kali, baru-baru ini.

Katanya, tanaman komoditi itu sudah melalui proses kuarantin dan pemeriksaan rapi mengikut syarat yang ditetapkan Jepun sebelum dieksport.

“Kesemua jering dan petai itu dieksport ke Jepun melalui Pelabuhan Belawan.

“Eksport tersebut selaras dengan program strategik Kementerian Agrikultur yang dilaksanakan oleh menterinya, Syahrul Yasin Limpo untuk meningkatkan eksport agrikultur,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Andi, pihaknya akan berusaha mengenal pasti lebih banyak tanaman komoditi lain yang boleh dieksport ke luar negara pada masa akan datang.

Katanya, nilai eksport petai dan jering ke Jepun adalah berjumlah 339 juta rupiah (RM99,287).

“Alhamdulillah, biarpun Jepun mengenakan syarat yang ketat untuk mengeksport barangan ke negaranya, agrikultur Sumatera Utara berjaya melepasinya.

“Pihak berkuasa di wilayah ini akan terus berusaha meningkatkan hasil eksport ke beberapa negara lain dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya