fbpx

Norovirus boleh jadi pandemik di Britain bulan depan

NOROVIRUS dijangka jadi pandemik di Britain seawal bulan depan. - AGENSI

LONDON: Jangkitan norovirus yang menular dengan kadar lebih pantas, dijangka menjadi pandemik di Britain seawal bulan depan.

Lapor The Sun, wabak norovirus itu boleh merebak dengan kombinasi Covid-19.

Para saintis di Britain menyuarakan kebimbangan kadar kes jangkitan norovirus yang menunjukkan penurunan pada tahun ini, boleh melonjak tinggi bermula bulan depan.

“Memandangkan kita semua kini lebih kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan berada di rumah, terdapat penurunan dalam kes selesema dan penyakit yang lain.

“Jadi, pakar penyelidik bimbang Britain mungkin akan mengalami wabak yang lebih besar kerana dinamik penularan sudah berubah,” jelas laporan itu.

Menurut saintis, norovirus berisiko tinggi untuk menular pada bulan depan dan Oktober sekali gus menjadi kebimbangan baharu pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK)

“Saintis juga memberi amaran kes selesema boleh menjadi teruk pada tahun ini tetapi kini norovirus pula dimasukkan dalam senarai tersebut,” jelas laporan itu.

Antara gejala utama norovirus termasuk rasa mual secara tiba-tiba, muntah dan cirit-birit selain suhu badan yang tinggi, sakit pada bahagian perut serta sakit badan.

Beberapa saintis turut memberi amaran perkara itu boleh menyukarkan lagi pengesanan kes Covid-19 sekiranya kedua-dua wabak itu mencapai tahap kemuncak penularan. – AGENSI

 

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN