Nigeria: Penculik tuntut wang tebusan untuk bebaskan 80 pelajar - Utusan Malaysia

Nigeria: Penculik tuntut wang tebusan untuk bebaskan 80 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KADUNA: Kumpulan penculik menuntut wang tebusan sebanyak satu juta naira (RM10,248) bagi setiap orang untuk membebaskan kira-kira 80 pelajar yang diculik dari sebuah sekolah asrama di utara Nigeria pada bulan lalu.

Seorang paderi yang terlibat dalam rundingan pembebasan pelajar sekolah itu, mengesahkan perkara tersebut.

Serangan yang berlaku di Bethel Baptist High School di wilayah Kaduna merupakan insiden penculikan pelajar sekolah yang ke-10 terbesar sejak Disember lalu di barat laut Nigeria.

Pihak berkuasa mengaitkan kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebusan berkenaan.

“Kumpulan penculik meminta satu juta naira bagi setiap 80 pelajar yang ditahan oleh mereka,” kata paderi, Joseph Hayab ketika dihubungi Reuters.

Bulan lalu, penculik membebaskan 28 kanak-kanak selepas kumpulan pertama dibebaskan dua hari lalu dalam satu serbuan.

Dilaporkan, seramai 81 orang lagi masih ditahan.

Menurut Hayab, tiga pelajar berjaya melarikan diri sebelum 28 kanak-kanak dibebaskan pada bulan lalu.

Namun, katanya, mereka diculik sekali lagi oleh sekumpulan individu tidak dikenali di kawasan hutan dan menuntut wang tebusan dan telah dibayar lebih satu juta naira oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN