Nigeria bebaskan lima penunjuk perasaan antikerajaan - Utusan Malaysia

Nigeria bebaskan lima penunjuk perasaan antikerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Agensi keselamatan Nigeria membebaskan lima orang yang ditahan selama sebulan di Abuja selepas mengadakan tunjuk perasaan dengan memakai baju-T mengkritik kepimpinan Presiden Muhammadu Buhari.

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili kumpulan individu berkenaan.

Lelaki berkenaan ditahan oleh Jabatan Perkhidmatan Negara (DSS) pada 4 Julai lalu kerana memakai baju T yang tertera perkataan `Buhari harus berundur’ ketika perkhidmatan gereja.

Menurut peguam Tope Temokun menerusi kenyataan, lelaki tersebut dibebaskan kira-kira seminggu selepas hakim membenarkan mereka diikat jamin.

“Semalam, DSS membebaskan DUNAMIS 5,” jelas kenyataan itu.

Dunamis iaitu Dunamis International Gospel Centre merupakan gereja evangelis dituduh membantu penahanan itu namun pihak gereja menafikan dakwaan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya