MEXICO CITY: Dua pesawat tentera Mexico yang membawa kira-kira 15.4 tan makanan, perubatan dan air tiba di Haiti.
Gempa bumi kuat yang melanda Haiti menyebabkan kira-kira 1,300 orang maut dan sejumlah besar mangsa masih hilang lagi.
Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata, Mexico akan terus membantu penduduk Haiti yang miskin selepas malapetaka lain menimpa mereka.
Penyelaras kebangsaan Perlindungan Awam, Laura Velazquez berkata, sebuah lagi kontena yang membawa 3.6 tan bantuan kecemasan termasuk selimut, penapis air, kereta sorong dan penyodok dijangka tiba hari ini.
“Kami menerima arahan dari Presiden Mexico untuk terus menyalurkan bantuan kepada penduduk di Haiti,” kata Velazquez.
Sekurang-kurangnya 1,297 orang maut dalam gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda Sabtu lalu kira-kira 160 kilometer di sebelah barat bandar Port-au-Prince yang musnah dalam kejadian gempa besar 2010. – AFP










