Majlis Ulama putuskan peranan wanita di Afghanistan - Utusan Malaysia

Majlis Ulama putuskan peranan wanita di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pemimpin kanan Taliban memaklumkan peranan wanita di negara itu termasuk hak untuk bekerja, akses pendidikan serta garis panduan pemakaian akan diputuskan oleh Majlis Ulama Islam.

Waheedullah Hashimi berkata, sebanyak 99 peratus penduduk di Afghanistan adalah Islam dan bermakna apabila kita mempercayai terhadap prinsip undang-undang, maka, ia perlu dilaksanakan.

Jelasnya, majlis ulama itu akan memutuskan sama ada golongan itu perlu memakai tudung, burqa atau hanya tudung dengan abaya.

“Kami mempunyai majlis ulama yang berkredibiliti. Mereka akan membuat keputusan,” ulasnya.

Hijab adalah tudung yang menutup bahagian kepala, burqa adalah jubah yang menutupi semua bahagian anggota badan, manakala, abaya adalah jubah dengan bahagian muka terbuka.

Selasa lalu, Jurucakap utama Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi sidang akhbar pertama di Kabul menjelaskan golongan wanita akan dibenarkan bekerja dan belajar.

Jelasnya, golongan wanita akan terlibat aktif dalam masyarakat berdasarkan garis panduan agama.

Semasa era pemerintahan Taliban dari 1996 hingga 2001, Taliban tidak membenarkan wanita bekerja, kanak-kanak perempuan tidak boleh ke sekolah dan wanita perlu memakai burqa semasa hendak keluar rumah dan hanya ditemani oleh mahram lelaki.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, mereka akan menilai pemerintahan baharu Taliban termasuk layanan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Kami akan menilai kumpulan itu berdasarkan pilihan yang dibuat, tindakan berbanding kata-kata mereka, sikap terhadap keganasan, jenayah dan narkotik termasuk akses kemanusiaan serta hak murid perempuan mendapatkan pendidikan,” jelasnya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN