Lelaki paling tinggi di AS meninggal dunia pada usia 38 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki paling tinggi di AS meninggal dunia pada usia 38 tahun

IGOR Vovkovinskiy dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di Amerika Syarikat pada 2010. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Igor Vovkovinskiy yang dinobatkan sebagai lelaki paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) oleh Rekod Dunia Guinness pada 2010 meninggal dunia pada usia 38 tahun.

Menurut ibunya, Svetlana Vovkovinska berkata, anaknya yang mempunyai ketinggian 2.34 meter meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat penyakit jantung di hospital.

Beberapa jam sebelum kematiannya, Vovkovinskiy sempat meluangkan masa bersama keluarga abangnya dan menikmati makan makan.

Vovkovinsky berhijrah dari Ukraine ke Rochester, Minnesota pada 1989 untuk menerima rawatan susulan penyakitnya.

Ketika muncul dalam satu program etelvisyen iaitu ‘The Dr. Oz Show’ pada 2010, ketinggian Vovkovinskiy diukur pegawai oleh Rekod Dunia Guinness dan dia dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di AS.

Ketika itu, dia berusia 27 tahun dan menewaskan rekod yang dipegang oleh George Bell dari Virginia.

“Saya berasa amat bangga dengan pencapaian ini. Sebelum ini, semua orang bertanya benarkah saya lelaki paling tinggi di AS dan hari ini, anda semua saksikannya.

“Saya boleh buktikan kepada semua mengenai pencapaian inni,” katanya ketika ditemu ramah selepas rancangan tersebut tamat.

Disebabkan ketinggiannya, Vovkovinskiy berdepan kesukaran untuk duduk dalam kereta dan mencari saiz kasut yang bersesuaian.

Lelaki tertinggi di dunia ketika ini adalah Sultan Kosen dari Turki iaitu dengan ketinggian 2.5 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya