Lelaki dipenjara selepas 7 tahun berdiri tengah jalan - Utusan Malaysia

Lelaki dipenjara selepas 7 tahun berdiri tengah jalan

DAVID HAMPSON menghalang laluan dengan berdiri di tengah-tengah jalan di Swansea.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Seorang individu yang digelar sebagai ‘lelaki bisu’ dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun selepas menjadi punca kesesakan jalan di bandar Swansea dengan berdiri di tengah-tengah jalan, sejak tujuh tahun lalu.

Lapor Oddity Central, tiada sesiapa mengetahui punca sebenar dia bertindak sedemikian kerana dia tidak pernah bercakap.

Lelaki berusia 51 tahun itu mengulangi perkara sama sejak 2014 di lokasi sama iaitu di luar kawasan Balai Polis Swansea.

David Hampson menghadapi pertuduhan kerana melakukan tindakan jenayah yang menghalang laluan dengan berada di jalan raya di England dan Wales.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai tindakan tersebut.

Lelaki itu bagaimanapun dilihat tidak insaf dengan perbuatannya apabila mengulangi perkara sama, Disember tahun lalu dan berdepan tuduhan jenayah sekali lagi.

Hampson sudah dipenjarakan sebanyak sembilan kali kerana melakukan tabiat sama.

Hakim Paul Thomas turut memerintahkan laporan psikiatri dijalankan, namun, lelaki itu enggan bercakap dengan doktor.

Dalam sesi perbicaraan baru-baru ini, mahkamah mendapati lelaki itu sebenarnya boleh bercakap, namun, dia sengaja berpura-pura seperti bisu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya