Lelaki ambil lima dos vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki ambil lima dos vaksin Covid-19

BRAZIL berdepan dengan kekurangan bekalan vaksin Covid-19 menyaksikan jutaan penduduk masih menunggu giliran untuk menerima suntikan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Pihak berkuasa Brazil di Rio de Janeiro menyiasat bagaimana seorang lelaki boleh menerima lima dos suntikan vaksin Covid-19 daripada tiga pengeluar berbeza dalam tempoh tiga bulan.

Menurut polis, lelaki yang tidak didedahkan identitinya mula menerima dos suntikan pada Mei lalu, sebelum menyambung dos seterusnya pada Jun serta Julai sebelum perbuatannya terbongkar pada bulan ini ketika dia cuba mendapatkan satu lagi suntikan vaksin.

Media tempatan melaporkan, lelaki itu pada mulanya menerima vaksin Pfizer, dos kedua vaksin AstraZeneca, kemudian dos ketiga menggunakan vaksin keluaran Sinovac.

Bagi dos keempat pula, dia mendapatkan vaksin Pfizer dan kelima, sekali lagi vaksin Sinovac.

Kemudian, lelaki itu cuba mendapatkan dos keenam namun tidak berjaya.

Pada mulanya, polis beranggapan kejadian itu berlaku kerana kesilapan pendaftaran dalam talian, namun selepas diteliti, lelaki itu memang sengaja mendapatkan dos berlebihan.

Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan baik dan polis meneruskan siasatan untuk mencari motif insiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya