Lebih 1,000 pendatang tanpa izin diselamatkan di perairan Libya - IOM - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 pendatang tanpa izin diselamatkan di perairan Libya – IOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Lebih 1,000 pendatang tanpa izin berjaya diselamatkan di perairan Libya sepanjang minggu lalu.

Lapor Xinhua, perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

“Sejak 22 hingga 28 Ogos lalu, seramai 1,131 pendatang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Libya,” jelas IOM.

Menurut organisasi itu, seramai 23,550 pendatang tanpa izin termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan dan dihantar ke Libya.

“Setakat ini, seramai 446 pendatang tanpa izin meninggal dunia manakala 648 hilang di perairan Libya di laluan tengah Mediterranean pada tahun ini,” jelas IOM.

Libya berdepan konflik sejak kejatuhan pemimpinnya Muammar Gaddafi pada tahun 2011 sehingga menjadikan negara Afrika Utara itu lokasi pilihan bagi pendatang asing tanpa izin yang mahu menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN