Lebih 100 maut akibat banjir di Afghanistan - Utusan Malaysia

Lebih 100 maut akibat banjir di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Angka kematian akibat banjir melanda wilayah Nuristan di bahagian timur Afghanistan pada minggu lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 113 orang.

Lapor Al Jazeera, menurut pihak berkuasa, puluhan orang masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat masih sedang dilakukan, beberapa hari selepas hujan lebat melanda daerah Kamdesh di wilayah terpencil yang dikuasai Taliban, kira-kira 200 kilometer (km) timur laut Kabul pada Rabu lalu.

Jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Afghanistan (ANDMA), Abdul Samai Zarbi memberitahu agensi berita dpa, lebih 170 rumah musnah sebahagian atau sepenuhnya sehingga menjejaskan kira-kira 300 keluarga.

Menurut beliau, sebanyak 34 orang mengalami kecederaan dan jumlah itu dijangka berubah dari semasa ke semasa.

Menurut ANDMA, bencana itu memusnahkan jambatan besar di daerah tersebut sehingga menyukarkan untuk menyalurkan bantuan penting seperti makanan, tempat tinggal sementara dan perubatan kepada mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya