Lapan dikhuatiri maut helikopter terhempas di Rusia - Utusan Malaysia

Lapan dikhuatiri maut helikopter terhempas di Rusia

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Lapan orang dikhuatiri maut dan dua lagi cedera parah selepas sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas di sebuah tasik di timur Russia, hari ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan dan anggota penyelamat, helikopter Mi-8 dilaporkan dalam perjalanan melihat pemandangan gunung berapi di kawasan tersebut.

Helikopter yang membawa 16 penumpang itu terhempas di di kawasan hutan simpan di wilayah Kamchatka.

“Lapan orang berjaya diselamatkan dan dua lagi dalam keadaan serius,” kata pegawai kerajaan wilayah Kamchatka, Alexander Zabolichenko dalam kenyataan.

Jelasnya, helikopter itu membawa tiga anak kapal dan 13 penumpang yang kesemuanya merupakan pelancong.

Seramai 40 anggota penyelamat dan penyelam dikerahkan ke lokasi kejadian.

Terdahulu, pemangku Menteri Kesihatan wilayah, Marina Volkova berkata sembilan orang terselamat dalam insiden itu.

Seorang pegawai perubatan yang enggan dikenali memberitahu TASS bahawa lapan orang dikhuatiri maut namun nasib mereka sehingga kini belum dapat dipastikan.

Menurut pasukan penyelamat, helikopter itu tenggelam selepas terhempas dan pada kedalaman 100 meter di Tasik Kuril. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya