Konflik agama tercetus lagi di Pakistan - Utusan Malaysia

Konflik agama tercetus lagi di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Puluhan penunjuk perasaan dilaporkan menyerang sebuah kuil Hindu di tengah Pakistan berhubung pertikaian menghina agama.

Menurut polis, serangan itu berlaku di Rahim Yar Khan di wilayah Punjab pada tengah hari semalam.

Insiden itu dikatakan tercetus selepas seorang remaja Hindu yang didakwa menghina agama Islam dilepaskan dengan ikat jamin.

Jurucakap polis, Ahmaed Nawaz berkata, dianggarkan 70 hingga 80 penunjuk perasaan menyerang kuil tersebut.

“Remaja lelaki beragama Hindu tersebut sebelum itu ditahan polis kerana disyaki melakukan perbuatan menghina agama Islam.

“Kemudian, dia dibebaskan dengan ikat jamin dan keputusan itu tidak disenangi penduduk beragama Islam,” katanya.

Video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan menyerang kuil tersebut dengan menggunakan batang besi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya