Kempen #HelpTurkey jadi polemik hutan terbakar - Utusan Malaysia

Kempen #HelpTurkey jadi polemik hutan terbakar

RATUSAN penduduk dpindahkan dari kediaman masing-masing selepas kebakaran hutan berlaku di Manavgat, Turki. - ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURKI: Kebakaran hutan sehingga diisytiharkan sebahagian wilayah Turki selatan sebagai kawasan bencana menjadi sohor dalam Twitter dengan tanda pagar #HelpTurkey.

Namun, tanda pagar yang asalnya meraih simpati orang ramai dan masyarakat dunia berubah menjadi polemik sehingga menjadi siasatan pihak pendakwa.

Situasi itu menjadi perang budaya antara penyokong dan penentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan tanpa disangka-sangka menghadapi salah satu cabaran terbesar sejak 18 tahun memegang tampuk pemerintahan selepas pihak kerajaan memaklumkan pesawat pemadam kebakaran yang dimiliki tidak berfungsi.

“Berhubung hal itu, hanya ada satu perkara yang dapat dikatakan, Turki yang kuat.

“Keganasan pembohongan sedang disebarkan di Amerika, Eropah dan tempat-tempat lain,” kata Erdogan mengenai kempen itu selepas solat Jumaat, kelmarin.

Pada masa sama, pemilik media mengugut akan menyiarkan saluran televisyen mengenai kebakaran secara langsung atau menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang ramai.

Sebilangan besar stesen televisyen mematuhi arahan untuk meminimumkan liputan bencana yang mengorbankan lapan nyawa itu.

Erdogan sebelum ini menjelaskan bencana itu tidak akan dipolitikkan tetapi besar kemungkinan terdapat unsur sabotaj dan siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN