Kematian Covid-19: Tiga kali lebih tinggi bagi individu belum divaksin - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19: Tiga kali lebih tinggi bagi individu belum divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kadar kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di Jakarta yang belum menerima suntikan vaksin didapati tiga kali lebih tinggi berbanding individu yang sudah divaksin.

Data terbaharu itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia.

Berdasarkan data dari hospital negeri dan kira-kira 68,000 pesakit di Jakarta dari tempoh Mei hingga Julai lalu, kadar kematian bagi individu belum divaksin adalah 15.5 peratus, berbanding 4.1 peratus bagi mereka sudah menerima dua dos vaksin sama ada Sinovac atau AstraZeneca.

Sejak beberapa bulan lalu Indonesia berdepan lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Meskipun data global berkaitan individu sudah divaksin dengan belum menerima suntikan vaksin tidak mudah diperolehi, namun ahli biologi molekul, Dr. Ines Atmosukarto berkata, data itu merupakan bukti kukuh mengenai kepentingan vaksinasi.

“Data itu menyokong cadangan dua dos vaksin Covid-19 mengurangkan risiko kematian bagi mereka yang dijangkiti dan memerlukan rawatan di hospital,” kata Ines yang juga terlibat dalam penghasilan vaksin.

Tambahnya, data itu tidak mempunyai perincian lanjut seperti umur, komorbiditi dan tempoh pemantauan pesakit. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya