Kardinal percaya ada mikrocip dalam vaksin bertarung nyawa selepas positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Kardinal percaya ada mikrocip dalam vaksin bertarung nyawa selepas positif Covid-19

RAYMOND BURKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WISCONSIN: Seorang kardinal yang enggan memakai pelitup muka dan percayai terdapat mikrocip dalam vaksin kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas disahkan positif Covid-19.

Raymond Burke dijangkiti virus maut itu pada minggu lalu selepas melawat Wisconsin dari Rom.

Dia dimasukkan ke hospital pada hujung minggu lalu dan tahap kesihatannya semakin merosot.

Kardinal ultra konservatif berusia 73 itu sering berkongsi teori anti vaksin secara dalam talian dan mendakwa suntikan digunakan untuk ‘menanam mikrocip dalam badan manusia’.

Burke juga memberitahu para penyokongnya bahawa negara bukanlah ‘penyedia perkhidmatan kesihatan paling utama, sebaliknya Tuhan yang menetukan segalanya’.

Kemasukan Burke ke hospital akibat Covid-19 mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.

Antaranya menulis ‘Tuhan beri kita peluang untuk cipta vaksin Covid-19 untuk mengelakkan kita dijangkiti gejala yang teruk.

Tuhan sayangkan semua umatnya dan ini merupakan petanda dari Tuhan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya